Lokasi Stor &
Masa Perniagaan
Senarai Membeli
- Belah Anda
Kembali Ke Asal English Version
Cari Ratusan Mainan Berpandukan Zon
Budak
Lelaki
Budak
Perempuan
Permainan &
Kegembiraan
Sekeluarga
Permainan
Pendidikan
Zon
Remaja
Sukan &
Permainan
Luar Rumah
Star Card
Savings
Cari Hadiah Kegemaran Si Manja Anda

Carian Magik
Cari
 
Carian Dengan Perkataan
Sila guna Bahasa Inggeris untuk mencari nama produk
Cari

Sign up for Toys"R"Us eNewsletter

Toys"R"Us makes it easier for you
Low Price Guarantee
FREE Delivery Service
Exchange & Refund Service
Free Gift Wrap Service
 
How to join
 
Star Card Benefits
& Rewards
 
Exclusive Star Card
Savings this month
 
 
Exclusive Star Card
Privileges this month
 
Star Link Program
 
Terms and Conditions
 
  Terma & Syarat Kad Star Toys"R"Us  

1.

Semua pemohon Kad Star Toys"R"Us di Malaysia ("Kad Star") mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai alamat di Malaysia yang sah.

2.

Kad Star bukan kad kredit dan tidak menawarkan kemudahan kredit kepada pemegangnya. Mata Ganjaran Star ("Star Points") yang dikumpulkan dalam Kad Star dan Program Star Link ("Program") di Malaysia tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh ditebus atau ditukar untuk tunai. Mata Ganjaran Star adalah harta milik Toys¡¨R¡¨Us Malaysia Sdn Bhd.

3.

Kad Star mesti diaktifkan untuk pemegangnya menikmati Tawaran Star dan/atau mengumpul Mata Ganjaran Star. Kad Star hanya boleh diaktifkan dengan pembelian BERSIH RM80 dalam satu resit.

4.

Kad Star mesti ditunjukkan semasa pembelian untuk menikmati Tawaran Star dan/atau mengumpul Mata Ganjaran Star, dengan syarat Kad Star telah diaktifkan.

5.

Pengumpulan Mata Ganjaran Star hanya akan bermula selepas Kad Star telah diaktifkan dan tiada tempoh akhir untuk Mata Ganjaran Star.

6.

Ahli Kad Star akan memperolehi 1 Mata Ganjaran Star untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata Ganjaran Star akan dikira berdasarkan nilai BERSIH urus niaga dan dibulatkan kepada nilai Ringgit yang terdekat.
7. Mata Ganjaran Star hanya boleh diperolehi dengan pembelian dalam kedai utama Toys"R"Us.
8. Mata Ganjaran Star juga diberikan untuk penebusan Sijil Hadiah Toys"R"Us. Namun begitu, tiada Mata Ganjaran Star akan diberikan apabila Sijil Hadiah Toys"R"Us dibeli.
9. Dengan setiap 250 Mata Ganjaran Star yang diperolehi, ahli-ahli Kad Star layak menukarnya untuk Baucar Tunai Star bernilai RM10 baucar Toys"R"Us.
10. Untuk layak mendapatkan Baucar Tunai Star, ahli-ahli Kad Star mesti mengumpul 250 Mata Ganjaran Star dalam tempoh layak yang ditentukan (lebih kurang 6 bulan). Pada akhir tempoh layak ini, ahli-ahli Kad Star akan menerima Penyata Mata Ganjaran & Baucar Tunai Star masing-masing (jika ahli Kad Star tersebut layak). Sila layari www.toysrus.com.my untuk mengetahui tempoh layak yang terkini.
11. Baucar Tunai Star boleh digunakan di mana-mana kedai Toys"R"Us di Malaysia, untuk semua barangan di gedung kecuali pembelian permainan elektronik dan perisian, produk bayi (termasuk lampin, makanan, jus, barangan mandian dan penjagaan kesihatan), makanan, Sijil Hadiah Toys"R"Us. Tiada pembelian minimum dikenakan atas penggunaan Baucar Tunai Star dan berbilang baucar boleh digunakan untuk setiap pembelian setiap kali anda mengunjungi. Melainkan seperti yang dinyatakan, semua Baucar Tunai Star mesti digunakan dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak boleh diperbaharui atas apa-apa sebab.
12. Semua Kad Star dan Program tertakluk kepada Polisi Pemulangan/Pembayaran Balik Toys"R"Us. Untuk mendapatkan bayaran balik untuk barangan yang dikembalikan, Ahli Kad Star mesti menunjukkan resit dan Mata Ganjaran Star yang berkenaan akan ditolak daripada Kad Star.
13. Toys"R"Us berhak menolak sebarang permohonan, penerbitan semula atau menarik balik Kad Star pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang penjelasan. Toys"R"Us berhak, atas sebarang sebab, pada bila-bila masa tanpa liabiliti atau notis, menggantung pengiraan dan akrual Mata Ganjaran Star, bagi membetulkan sebarang kesilapan dalam pengiraan atau menyelaraskan pengiraan tersebut. Toys"R"Us juga berhak, atas sebarang sebab, pada bila-bila masa tanpa liabiliti atau notis, mengubah atau meminda sebarang terma dan syarat atau membatalkan Program, sebagaimana yang boleh, atas budi bicaranya yang difikirkan sesuai dan Ahli Star terikat dengan variasi, pindaan dan/atau pembatalan ini.
14. Pemohon Program bertanggungjawab mendapatkan persetujuan individu bertulis terlebih dahulu daripada ahli-ahli Kad Star apabila memohon untuk menggabungkan Mata Ganjaran Star dengan ahli-ahli Kad Star yang lain ke akaunnya. Toys"R"Us berhak, tanpa memberi sebarang penjelasan, untuk menerima atau menolak permohonan untuk menggabungkan Mata Ganjaran Star mana-mana individu Ahli Kad Star ke Akaun Utama yang dipilih.
15. Ahli-ahli Kad Star tanpa sebarang syarat memberi hak kepada Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd untuk memindah data peribadi yang terkandung dalam Borang Permohonan Keahlian ke mana-mana jabatan dalam Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd untuk tujuan perakaunan dan promosi. Ahli-ahli Kad Star berhak mengemaskinikan data peribadinya yang disimpan oleh Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd.
16. Ahli-ahli Kad Star tanpa sebarang syarat memberi hak kepada Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd untuk memindah data peribadi yang terkandung dalam Borang Permohonan Keahlian ke rakan-rakan niaga yang terpilih untuk tujuan promosi. Ahli-ahli Kad Star berhak pada bila-bila masa menulis notis kepada Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd untuk memilih tidak menerima bahan-bahan promosi.
17. Kad Star, Program, dan keistimewaannya hanya sah di Toys"R"Us Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Pengunaan Kad Star di Singapura, Hong Kong dan Taiwan adalah tertakluk kepada Fasal 19 dan 20 seperti yang termaktub di bawah)
18. Penggunaan Kad Star di Singapura, Hong Kong dan Taiwan : Kad Star boleh digunakan di semua kedai utama Toys"R"Us di Singapura, Hong Kong dan Taiwan untuk mengumpul Mata Ganjaran Star. Nilai perbelanjaan BERSIH dalam S$, HK$ dan TWD$ akan ditukar kepada RM menurut kadar pertukaran lazim yang digunakan oleh Kumpulan Toys"R"Us Asia pada masa tersebut. Mata Ganjaran Star yang telah ditukar kepada RM akan dikreditkan secara automatik ke akaun Ahli Kad Star. Mata Ganjaran Star yang diperolehi di Singapura, Hong Kong dan Taiwan akan dinyatakan sebagai ¡§Overseas Transaction¡§ (iaitu, ¡§Urus Niaga Luar Negeri¡§) dalam Penyata Mata Ganjaran.
19. Mata Ganjaran Star yang dikumpul di Singapura, Hong Kong dan Taiwan dalam akaun Ahli Kad Star tidak boleh dipindah ke akaun Kad Star Singapura, Hong Kong dan Taiwan dan begitu juga sebaliknya.
20. Sekiranya Kad Star hilang, dicuri atau rosak, Ahli Kad Star harus menghubungi Toys"R"Us Star Hotline di 03-5634 3930. Toys"R"Us berhak mengenakan bayaran untuk menggantikan Kad Star yang lama.
21. Kad Star diterbitkan dan adalah hak milik tunggal Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd.
22. Kad Star dan Program dipromosikan oleh Toys"R"Us Malaysia Sdn Bhd.
23. Semua Kad Star dan Program tertakluk kepada terma dan syarat, yang juga termasuk terma dan syarat yang mungkin dipinda, diganti atau diubahsuai oleh Toys"R"Us atas budi bicaranya dari masa ke semasa tanpa sebarang notis terdahulu.
24. Toys"R"Us berhak, pada bila-bila masa, atas budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi sebarang penjelasan atau notis, menghentikan Program atau menarik balik, membatal atau menjadikan mana-mana Mata Ganjaran Star yang telah diterbitkan tidak sah.
25. Semua rekod perkara Toys"R"Us yang berkenaan dengan Program adalah muktamad dan semua Ahli Kad Star terikat padanya.
26. Keputusan Toys"R"Us yang berkenaan dengan Program adalah muktamad dan semua Ahli Kad Star terikat padanya. Tiada sebarang permintaan bertulis akan dilayan.
Customer Service: Call 03-56343930 (Mon-Fri 9am - 6pm, except on Public Holidays) or email star@toysrus.com.my
 
Kegembiraan
Si Manja

Permainan Yang Disyorkan
  Umur:0-2
  Umur:3-9
  Umur:10+
Layari Laman Web Toys"R"Us Yang Lain:
- Laman Web Toys"R"Us Hong Kong
- Laman Web Toys"R"Us Singapore
- Laman Web Toys"R"Us Taiwan
- Laman Web Toys"R"Us Thailand
- Laman Web Toys"R"Us Shanghai, China
- Laman Web Toys"R"Us Macau
Layari Laman Web Syarikat Kumpulan Li & Fung:
- www.lifunggroup.com
Mengenai Kami Lokasi Stor &
Masa Perniagaan
Hubungi Kami Recruitment
Salinan 2008 Hanya Untuk Kegunaan TOYS"Я"US. Privacy Policy
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam laman web ini. Bagaimanapun, Toys"R"Us berhak untuk membuat apa-apa pindaan, ketidaktepatan atau menarik balik apa-apa maklumat serta mengubah atau mengemaskinikan maklumat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Sila ambil maklum bahawa kesalahan, ketidaktepatan atau penarikan balik maklumat mungkin berkaitan dengan harga atau kebolehdapatan sesuatu barangan. Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan.